Alhamdulillah syukur….itu lah kalimah yang perlu dimulakan dulu setelah selamat kembali dari kawasan “ UnComfort Zone”. Coretan blog ku pd kali ini mengisahkan segala pengalaman pahit, manis, suka dan duka aku sepanjang program yang berlangsung selama 6 hari di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Terenggannu. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama membantu sama ada secara langsung atau pon tidak langsung dalam menjayakan program "Kenyir Eco Outdoor Quest 2008" anjuran pelajara Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan(SR221/3). Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Lecturuer pengiring En.Hisyam Che mat, En. Din dan Cik. Su. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada para Instructor PERLU Uitm, dan juga para rakan perjuangan sekalian
Hari Pertama 16.08.08
Tepat pukul 4.32pagi aku beserta rakan tiba di Jeti Gawi, Terengganu. Cuaca pada ketika itu hujan lebat, kami diarahkan untuk turun dari bas dan mendirikan khemah pusat untuk bermalam di jeti tersebut. Mengikut perancangan asal kami sepatutnya terus ke Pulau Poh( Campsite) untuk terus memulakan aktiviti pertama iaitu (Camp Craft) akan tetapi hujan yg sangat lebat membantutkan aktiviti pertama kami itu.
Hari Kedua 17.08.08 (Loading & Camp Craft)
Sedar atau tidak waktu telah pon subuh dan aku bergegas ke surau utk menunaikan kewajipan bersama rakan rakan yang lain. Tepat pukul 8.00 kami diarah berkumpul dihadapan para instructor mengikut kumpulan masing masing dan dalam keadaan bersedia lalu menyanyikan lagu tema program kami (Mendua=Hampir ke situ). Kami diarahakan menyanyi berulang kali sehingga salah seorang dari instructor bangun dari tidur. Seingat aku ianya mengambil masa yang lama dan kira kira 4 lagu dinyanyikan untuk mengejutkan seorang instructor ni!!!..(Kering air liur sey..huhu..) setelah tamat perhimpunan pagi kami di beri ‘Breefing’ awal tentang flow perjalanan pada hari itu.
Biro Aktiviti telah merancang segala flow aktiviti dengan baik semasa di shah alam. Aktiviti pertama pada pagi itu kami dikehendaki ke Jeti Kargo(loading barang) yang terletak kira kira 150 meter dari Jeti Gawi. Dan dari Jeti Kargo itu juga kami akan terus ke Pulau Poh.
Kami mengambil masa yang agak lama untuk aktiviti 'Campcraft'(Mendirikan kawasan perkhemahan). diatas kelewatan itu, kami telah beberapa kali dimarah oleh Camp Commander. Kawasan Campsite kami kelihatan siap sepenuhnya kira kira pukul 8.00 mlm. Kami bernasib baik kerana tiada aktiviti pada malam tersebut cuma 'Sentry malam'.
Hari Ketiga 18.08.08 (Night Navigation(Compass Orienteering), Low Rope Couse & Survival)
Pada hari berikutnya kami dikerahkan masuk ke dalam hutan untuk aktiviti kedua iaitu 'Low Rope Course'. Aktiviti tersebut memakan masa yang lama sehingga pukul 7.00 malam menyebabkan kami agak terlewat untuk aktiviti seterusnya iaitu 'Survival'. kami terpaksa menempuh jalan yang berliku liku untuk sampai ke destinasi seterusnya. Tamat Survival malam kami terus diarahakan pergi ke 'checkpoint’ untuk aktiviti seterusnya iaitu 'Night Navigation'. Semasa dalam perjalanan ke checkpoint seterusnya Kami menghadapi sedikit masalah dimana kami tidak dijumpakan jalan pulang dan terpaksa berpatah balik ke ‘Survival spot untuk berjumpa instrucutor. Setibanya kami disana,tiada sebarang komen atau respon diberikan oleh para instructor cuma diberitahu (Cuba ingat betul2 jalan masuk tadi) oleh para instructor. Akhirnya dengan berkat doa ditengah jalan kami berjaya kembali menemui jalan keluar.
Akitviti 'Night Navigation' pada malam itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kami dikehendaki melakukan aktiviti 'night orienteering’ dengan berpandukan kompas yang diberikan. Aktiviti tersebut tamat hari berikutnya.
Hari Keempat 19.08.08 ( XPDC kayak, Survival)
Kira kira pukul 3 petang hari berikutnya kami sekali lagi telah di arahkan berkumpul dihadapan En.Adzly.Tujuannya adalah untuk memberitahu flow aktiviti kami pada hari itu. Pada awal nya En.Adzly mengatakan bahawa selepas ini kami akan melakukan aktiviti ‘mobile’ selama 2 hari, tetapi secara tiba tiba En. Rafsan(shawn) datang dan terus mengambil alih tugas En. Adzly pada ketika itu dan terus menyambungnya dengan mengatakan ‘anda akan melakukan aktiviti XPDC kayak dan akan berpatah balik kira kira pukul 7 malam nanti’.. Hm..disini lah aku dan beberapa rakan rakan lain syak bahawa terdapat ‘surprise’ untuk aktiviti kali ini. Pada ketika itu juga aku dan segelintir rakan aku yang lain sedar bahawa aktiviti tersebut akan mengambil masa lebih dari yang diberitahu oleh En.Shawn.
Perjalanan Kayak kami mengambil masa yang lama disebabkan cuaca ribut. Kira kira pukul 7.00 malam kami tiba di Sg. Sepat. Seperti yang di jangka. Sebaik sahaja tiba di Sg.sepat kami diarahkan oleh instructor agar mengumpulkan seberapa banyak kayu api yang mungkin. Hm..disini lah tekaan yang ku jangka kan benar apabila kami akan membuat aktiviti ‘Survival’ hingga ke hari esok. Tanpa membuang masa aku serta rakan rakan yang lain mula mencari seberapa banyak kayu yang mengkin dengan beranggapan kami akan menggunakan kayu tersebut sebagai unggun api untuk aktiviti tersebut. Tetapi apakahah daya kami rupanya rupanya kami telah dipergunakan(Kumpul kayu untuk kegunaan instructor).
Pejam celik, hari sudah pon senja. Kami di beri breefing tentang aktiviti seterusnya iaitu ‘Survival’. Aktiviti survival pada kali ini agak mencabar dimana kami disuruh masuk ke dalam hutan dengan menebas laluan lalang yg tinggi dan mencari kawasan yang sesuai untuk membina ‘Shelter’(Penempatan sementara) dengan menggunakan ‘Flysheet yang kami bawa.
Shukur…tiada hujan yang turun pada malam itu cuma bahan bakar di sekeliling agak lembab disebabkan hujan yang turun pada sebelah petang tadi. Dengan berbekalkan sedikit ‘Solid Fuel’ Alhamdulillah kumpulan aku yang terdiri dari aku, naz dan juga Zul tiada masalah untuk menghidupkan api. Sepanjang tempoh ‘survival’ kami telah diberikan beberapa teguran berikutan kegagalan kami untuk bertindak seperti yang telah diajarkan, sebagai contoh ketika datangnya ‘stranger’ ke kawasan shelter. Kami diajar suapaya walaupun bukannya betul betul stranger yang datang kami harus tetap bersedia. Teguran tersebut tidak lagi kami ulangi malah dijadikan pengajaran untuk masa akan datang.
Alhamdulillah aktiviti ‘Survival’ berjalan lancar tanpa sebarang halangan serta gangguan sehingga tamat pada hari yang berikutnya.
Hari Kelima 20.08.08 (Trekking)
Segar sungguh udara pagi itu. Kedengaran dua kali tiupan wisel yang menandakan instructor memangil kami semua berkumpul dan juga menunjukan tamat sudah aktiviti Survival. Tanpa membuang masa kami berkemas dan berkumpul bersama En. Hisyam. Perjumpaan antara En. Hisyam dan kami pada pagi itu adalah untuk mendapatkan feedback dari setiap kumpulan dari aktiviti semalam. Setelah selesai sesi perjumpaan bersama En. Hisyam kami terus diberikan breefing oleh instructor tentang flow aktiviti untuk hari tersebut. Terdapat sedikit salah faham berlaku dimana kami difahamkan oleh instructor bahawa bekalan makanan unutk hari itu telah diberikan semalam, sedangkan kami hanya diberikan bekalan makanan hanya untuk malam semalam(untuk aktiviti survival..). memandangkan bekalan kumpulan aku telah habis dimasak & dimakan semalam maka tiada bekalan makanan untuk hari itu(instructor mungkin terlepas pandang tentang bekalan makanan..). walau apa sekalipun, pengembaraan kami terus berjalan tanpa sebarang ‘Complaint’. Kami di beri breefing awal tentang aktiviti kami pada hari tersebut iaitu ‘Trekking’.
Kami diarahakan berkumpul di air terjun Sg. Sepat oleh En. Boyington, tanpa berlengah masa kami memulakan aktiviti pemgembaraan pada pagi itu dengan bacaan doa selamat oleh Zul. Sebaik sahaja tiba di air terjun kami diberikan masa untuk berehat sambil diberikan peluang untuk mengisi bakalan air minuman di sana. Kami bertolak dari Sg. Sepat kira kira pukul 9.30 pagi dengan berbekalkan ‘Kompas, peta, dan juga GPS’ untuk aktiviti tersebut. Terdapat banyak pengalaman pahit, manis, suka, duka, cemas dan juga menakutkan sepanjang aktiviti Trekking berjalan, dan diantara banyak banyak aktiviti yang sudah kami lalui aktiviti Jungle Trekking inilah aktiviti yang paling mencabar fizikal dan mental kami semua.
Sebelum aku terlupa kumpulan aku terdiri dari 6 orang ahli iaitu, hisyam(aku), ismail, roy, mie, bibin, dan juga izan. Pada awalnya kumpulan kami di ketuai oleh Ismail (pemegang peta dan Kompas), setelah hampir 3 jam perjalanan aku meminta izin ismail untuk mengetuai perjalanan seterusnya.
Ohya..Instructor yang mengikuti kumpulan kami ialah En. Azmi, En. Boyington, dan cik Nafisah. Pada awal perjalanan en. Azmi ada memberikan sedikit tips supaya pergerakan kumpulan kami menjadi lebih pantas.
Setelah hampir kira kira 4 jam perjalanan, alangkah terkejutnya kumpulan aku kerana kami telah menemui TREK GAJAH beserta NAJISNYA!!. lalu kami berhenti seketika dan bertanya kepada instructor tentang penemuan kami itu. Instructor mengarahkan kumpulan aku agar menembak ‘bearing’ balik 180 darjah dengan pantas. Tanpa melengahkan masa kumpulan aku berpatah balik sedikit dan kembali menembak bearing asal. Perjalanan diteruskan semula dan tidak sampai 10 minit, sekali lagi kumpulan kami dikejutkan, kali ini dengan bunyi haiwan yang pada asalnya diingatkan bunyi gajah dan sekali lagi pergerakan kumpulan kami terhenti, bukan itu saja ketika bunyi itu kedengaran seluruh anggota kumpulan aku serta instructor seolah olah beku disebabkan bunyi yang aneh tersebut. Lantas instructor mengarahkan kami berpatah balik sekali lagi. Sampai di sebuah kawasan rata, kami diberikan masa untuk berehat. Disini aku agak kagum dengan gelagat salah seorang instructor dimana beliau dengan skill yang tersendiri memanjat pokok untuk mendapatkan gambaran jelas tentang haiwan yang mengeluarkan bunyi sebentar tersebut(gaya mcm cite dlm tv..). Perjalanan diteruskan kira kira 20 minit kemudian. Kali ini instructor mengarahkan agar melajukan pergerakan kerana hari semakin suntuk.
Perjalanan seterusnya berjalan lancar sehingga di suatu tempat kumpulan aku menemui jalan buntu apabila terdapat BATU HITAM yang amat tinggi dan lebar lantas membantutkan pergerakan kumpulan aku. Kewujudan BATU HITAM tersebut tidak melemahkan semangat kumpulan aku untuk terus bergerak. Tanpa membuang masa aku meneruskan perjalanan dengan menghampiri batu besar tersebut dan melalui ditepi tepi nya sehingga aku menjumpai jalan naik. Pada ketika ini aku sedar bahawa arah bearing kompas telah pon tersasar jauh dari asal. Tetapi apakah daya kami untuk memanjat batu yang besar itu tadi. Tanah yang cerun menyebabkan agak sukar untuk kami mendaki. Sampaikan satu ‘part’ dimana kami terpaksa menggunakan tali yang diikat di pokok untuk mendaki. Disini juga berlaku nya insiden dimana aku telah terpijak sebijik batu dan hampir jatuh ke bawah(nasib baik sempat pegang batu tu). Jika batu yang aku pijak tadi tidak dialihkan kemungkinan besar akan mengenai salah seorang anggota kami yang masih di bawah. Bak kata En. Hisyam ‘That’s it’
Sebaik tiba di suatu kawasan rata kami berehat sebentar untuk menunaikan solat Zuhur. Kebetulan terdapat Sebatang denai berhampiran. Kami berehat kira kira 15 minit dan perjalanan di teruskan kembali dengan berpandukan kompas. Sepanjang perjalanan adakalanya kami terpaksa meredah kawasan yang berduri sehinggakan baju aku koyak(tajam bangat beb). Sekali sekala tertanya di dalam hati bagaimana dengan kumpulan yang lain, adakah mereka telah selamat sampai ataupun masih mencari jalan keluar seperti kumpulan kami. Persoalan ini terjawab apabila kumpulan aku telah bertemu dengan kumpulan Wafi. ‘Password’ ’Tasik’ yang dilontarkan dibalas ‘kenyir’ dengan jelas menandakan mereka adalah anggota kami. Tanpa membuang masa perjalanan kembali diterukan walaupon hujan telah pun turun dengan begitu lebat pada ketika itu. Perjalanan pada kali ini agak sukar kerana kami terpaksa menuruni cerun yang curam dan jika tersilap langkah maka kemungkinan besar malapetaka menanti. Kami terus trekking walaupun hingga ke waktu maghrib. Kali ini Instructor banyak mengambil alih tugas mengatur arah & jalan yang kami tempuhi pada ketika ini lebih sukar jika dibandingkan dengan jalan pada sebelah siang tadi. Sampaikan satu ketika aku terasa amat sukar bagi aku untuk melangkah apatah lagi rakan rakan perempuan aku yang lain menyebabkan kerisauan timbul terhadap rakan rakan yang lain.
Kami terus menerus ‘terkking’ dan tidak langsung mengendahkan perubahan waktu pada ketika itu. Apa yang hanya ada dalam fikiran kami iaitu jalan keluar dah nak dekat. Sampai suatu ketika, En.azmi mengarahkan kami ke suatu kawasan yang rata dan disitulah bermulanya ‘Unplanned Survival’. Pada awalnya kami bersihkan kawasan dan mencari kayu api bersama sama, akan tetapi selepas itu semuanya melelapkan mata tanpa mengendahkan bahaya yang akang mengundang. Alhamdulillah shukur Allah S.W.T telah memberikan aku serta seorang lagi rakan aku Ismail sedikit tenaga lebih untuk menjaga keselamatan serta perlindungan rakan rakan aku pada ketika itu walaupun sudah hampir dua malam kami berjaga.
Sekali sekala seronok juga melihat gelagat rakan rakan ku tidur di tengah tengah hutan yang 1001 mata memandang. Ada yang tido dengan bermacam macam gaya, sampaikan ada yang tidur bergulung macam tengiling kerana kesejukan. Teringat aku pada suatu ketika dimana Bro. W bangkit duduk dalam keadaan yang mengeletar mengigil kesejukan. Tetapi apakah daya, sedih lebih mengatasi seronok pada malam itu. Arahan awal instructor adalah menghidupkan api, memasak sedikit dan mengawal(sentry). Tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Bukan nak bangga ataupun mendongak, ataupun mengungkit tetapi inilah hakikat rimba(terjawabnya Blog shawn), masing masing seperti berada di kawasan yang ‘Comfort’. Aku terus berjaga sehinggakan suatu ketika bekalan kayu hampir habis diguna. Nak atau tidak bekalan kayu terpaksa dicari lagi demi kepentingan bersama pada ketika itu.
Aku sangat bersyukur kerana semalam semasa aktiviti ‘survival’ di sungai sepat cahaya bulan purnama seolah olah menyuluh di tapak ‘shelter’ aku, dan sekali lagi cahaya yang sama menerangi kami pada malam tersebut.Hari semakin gelap. Cahaya bulan semakin tidak kelihatan disebabkan awan yang menutupinya. Tiba tiba ketika kami sedang berkawal malam, kami telah mendengar suatu bunyi seolah olah satu OBJEK BESAR telah jatuh dari kawasan atas memandangkan kami berada di tengah tengah puncak pada ketika itu. Lantas, aku menyuruh rakan ku ismail mengeluarkan parang yang terletak di sebelahnya. Aku mengangarkan objek yang jatuh tersebut tidak jauh dari kawasan kami hanya dalam 10 meter begitu. Dengan cepat juga aku menyuluh ke arah objek yang jatuh tersebut bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku dan ismail pada waktu itu. Dan hingga ke hari ini aku pasti ramai lagi rakan rakan ku yang lain tidak mengetahui perkara ini(sehinggakan bila dah baca blog ini baru lah tau).
Kami terus menyuluh( kot kot haiwan yang tak diingini dtg). Tetapi tiada apa yang kami dapati cuma cahaya gelap dan daun daun disebalik pokok. Sehingga perasaan kami reda barulah kami berhenti menyuluh dan kembali menguruskan unggun api. Tetapi semenjak kejadian itu kami menjadi lebih berwaspada dan sentiasa menyuluh di kawasan sekeliling. Sampai ke hari ini objek yang jatuh pada malam itu menjadi tanda tanya. Walauapapun, syukur tiada sebarang insiden berlaku ke atas rakan rakan seperjuangan ku. Bekalan kayu untuk dibakar semakin berkurangan sekali lagi aku dan ismail terpaksa pergi mencari bekalan yang terakhir untuk malam itu demi kepentingan bersama.
Setelah beberpa ketika, seorang lagi rakan aku mengalami situasi yang sama seperti wafi. Izan telah bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan mengeletar. Dengan lantas, berdasarkan pengalaman yang lepas, sekali lagi aku menyuruh izan datang ke unggun api untuk memanaskan badannya. Anda mungkin dapat membayangkan betapa sejuknya pada malam itu sampaikan izan memegang api tersebut seolah olah boleh mendapat lebih HABA yang darinya.
Selepas izan, kejadian yang sama terus menimpa rakan rakan ku seorang demi seorang. Hanya bibin, izah dan fauzan saja yang tidak bangun pada malam itu hingga ke pagi esoknya. Aku bersama ismail berkawal hingga ke hari subuh. Walaupon ada kalanya aku tertidur tidur ayam. Instructor bangkit seorang demi seorang. Salah seorang instructor telah mengarahkan aku untuk mengejutkan rakan rakan ku yang lain kerana kami akan meneruskan perjalanan tidak lama lagi.
Hari keenam 21.08.08 ( Trekking,lake crossing, Explorace Kuala Berang)
Perjalanan diteruskan kira kira pukul 7 pagi. Kami sekali lagi meredah kawasan yang sama dan telah pon dilalui semalam. Kami mengambil masa kira kira 2 jam untuk sampai ke jambatan balak runtuh iaitu terletak kira kira 300 meter dari jeti keluar pulau. Setibanya kami di jambatan balak runtuh terdapat sebatang anak sungai. Disitu kami mengisi bekalan minuman dan sempat juga membersihkan sedikit kotoran di badan.
Jambatan balak runtuh diberi nama sempena sebuah jambatan untuk laluan balak yang diperbuat dari simen dan telah pon runtuh pada suatu masa dahulu. Agak teruja juga melihat jambatan runtuh terebut.
Kami menerusan kembali perjalanan setelah menghabiskan masa kira kira 30minit di sungai tersebut. Sebelum aku terlupa semasa di Sg. Sauk kami telah bertemu dengan tiga lagi instructor yang datang dari pangkalan jeti dan mereka telah datang dengan sedikit bekalan makanan untuk kami. Bekalan bubur nasi yang kami terima rasanya cukup lazat dan lebih lazat lagi rasanya dari KFC mahupun McD pada ketika itu, walaupun ia hanyalah bubur…
Alhamdulillah, kami yang terdiri dari dua buah kumpulan besar telah selamat sampai ke jeti keluar pulau. Setibanya kami disana, kami telah diberi kesempatan untuk menguruskan diri dan berehat sebentar. Sekali sekala aku menyingsing seluar dan mendapati beberapa ekor pacat sedang leka mengisi perutnya di kaki ku.
Setelah kira kira 30minit kemudian kami di arah berkumpul bersama sama En.hisyam dan beberapa orang instructor. Tujuan kami berkumpul adalah seperti biasa untuk di beri ‘debriefing’ serta ‘post mortem’ daripada aktiviti yang sudah.
‘
Post mortem’ mengambil masa kira kira 1 jam dan perjalanan kembali diteruskan. Dengan menaiki bot kami bertolak pulang ke ‘campsite’. Perjalalan pada kali ini mengambil masa kira kira 45 minit dan kira kira 150 meter dari gigi air ‘campsite’ kami telah diarahkan oleh instructor untuk terjun dari bot dan berenang balik ke ‘campsite’.
Kami diberikan masa kira kira satu jam untuk siap makan serta bersedia untuk aktiviti seterusnya. Apabila waktu makan kami tiadak mensia siakannya. Sampaikan ada diantara kami yang makan seperti orang ‘Somalia’(huhu)
Kami berkumpul kembali kira kira 10 minit selepas makan tengah hari dengan keadaan bersedia memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti air. Aktiviti kami yang seterusnya ialah ‘Explorace’. ‘Task’ pertama. Kami dikehendaki berkayak mengelilingi pulau disamping terdapat beberapa task yang akam menyusul disepanjang perjalanan. Setelah selesai ketiga tiga task, kami dikehendaki terus ke Jeti gawi. Setibanya kami di Jeti gawi kami dikehendaki membersihkan kawasan yang telah ditetapkan.
Kumpulan aku telah diberi tugasan untuk membersihkan kawasan sekitar kaunter tiket Jeti Gawi. Kami mengambil masa kira kira 45 minit untuk membersihkan kawasan tersebut. Pada ketika itu kumpulan aku berada di tempat kedua daripada 3 team yang bertanding.
Bagi Tugasan seterusnya kami dikehendaki bebasikal ke setiap ‘check point’ dari Jeti gawi hingga ke kuala berang. . Kami dikehendaki mendapatkan bekalan seperti kacang, santan, dan gula Melaka daripada orang kampung. Untuk Task kami yang terakhir ini, kami dikehendaki membuat ‘bubur kacang’Syukur kumpulan aku Berjaya mendapatkan segala bahan untuk membuat bubur hanya dengan melawat sebuah rumah sahaja berbanding kumpulan kumpulan yang lain yang terpaksa pergi ke bebrapa buah rumah untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.
Kumpulan aku menghadapi kesukaran pada awalnya kerana salah seorang dari anggota kumpulan ku tidak beberapa mahir untuk berbasikal. Akan tetapi, rakan aku tersebut berjaya belajar dalam tempaoh yang singkat.
Setibanya di Rumah ketua kampung kuala berang kami dikehendaki menyiapkan ‘task’ terakhir iaitu untuk memasak & makan bubur kacang yang telah dimasak. Ketika kami sampai di rumah ketua kampung kuala berang kami dapati kami adalah kumpulan yang terakhir yang sampai. Tanpa membuang masa kami dikehendaki menyanyikan lagu tema camp “mendua” dihadapan beberpa orang instructor sebelum diber kebenaran memasak bubur.
Kami menghabiskan masa kira kira 10 minit menyanyi kerana kumpulan kami menghadapi kesukaran sedikit untuk menyanyi disebabkan bukan segan atau malu tetapi sebab(tak hafal lirik..hehe..) Namun akhirnya setelah berulang kali menyanyi kumpulan aku berjaya jua akhirnya.
Tanpa membunag masa kumpulan aku terus bergegas mencari bahan bakar untuk menghidupkan api serta memasak bubur dengan segera memandangkan kumpulan aku agak ketinggalan berbanding kumpulan yang lain.
Alhamdulillah syukur kami tidak menghadapi kesukaran untuk menghidupkan api dan memasak bubur kacang tersebut. Setelah kira kira 20 minit bertungkus lumus, akhirnya kami Berjaya menyiapkan ‘task’ yang terakhir dan hasilnya dinikmati bersama.
Hari semakin menghampiri maghrib, salah seorang dari rakan kumpulan aku tidak dapat lagi meneruskan perjalanan bersama sama anggota yang lain disebabkan salah faham yang berlaku di antara dia dan instructor. Perjalanan pulang lebih sukar dari perjalanan pergi disebabkan jalan yang berliku liku dan menaiki bukit sepanjang masa.
Kumpulan aku tiba agak lewat di jeti gawi disebabkan salah seorang rakan aku iaitu izan telah mengalami keletihan terlampau sehinggakan dia terpakasa diberi bantuan oksigen untuk meneruskan perjalanan.
Kami tiba di Jeti Gawi kira kira pukul 9 malam. Setibanya disana kami di beri ‘breefing' sebentar oleh instructor dan kami dikehendaki kembali ke pulau dengan berkayak. Kami berkayak kira kira 45 minit sebelum tiba di ‘campsite’. Setibanya di ‘campsite’ kami telah bertemu dengan instructor bertugas dan diberi arahan untuk siap menguruskan diri dalam masa 10 minit dan selepas itu kami dikehendaki terus ke ‘campsite’ diploma untuk membantu peserta diploma membuat persediaan majlis ‘BBQ dan juga majlis penutup’.
Majlis BBQ dan penutup berjalan dengan jaya nya pada malam terakhir itu. Tambahan pula, dengan aksi aksi persembahan oleh para peserta diploma,degree dan juga tidak ketinggalan persembahan khas para instructor. Pada keesokan harinya, selepas selesai sarapan pagi, kerja kerja ‘camp wrap’ giat dilakukan sehingga petang. Dan kami bertolak pulang dari Jeti Gawi ke Uitm shah alam kira kira pukul 7.45 mlm.
Sekian itu saja coretan pengalaman ku sepanjang 7 hari berada di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Terengganu. Disini sekali lagi ingin ku mengambil kesempatan untuk memohon ampun sekiranya terkasar bahasa atau menyentuh perasaan segelintir pihak. Dan sekali lagi jutaan terima kasih ingin ku ucapkan khasnya kepada En.Hisyam Che Mat, En. Din, dan Cik Su selaku penasihat dan pegawai pengiring bagi program Kenyir Eco Outdoor Quest 2008 dan juga jutaan terima kasih kepada para fasilitator yang sudi membantu bagi menjayakan program yang hebat sebegini.
Wassalam…..Roger n Out
4 comments:
salam isyam...
1st tahniah...
satu tulisan yang baik..
aqu pn x mampu buat crta mcm ni..
tp ko tlh berjaya..
SELAMAT untuk ko..
da msa kita kaur minum sama..
bukan jauh pn umah kita..
kalu da pa2 aqu roger ko..
SELAMAT sekali lgi..
HONESTLY GOOD WRITER.
BOXER,,,,,,,
SALAM KEPADA SEMUA AHLI PERLU, ALUMNI DAN SEMUA YANG DIHORMATI,
PERSATUAN PEMBIMBING REKREASI LUAR UITM AKAN MENGADAKAN KURSUS FIRST AID DAN C.P.R KEMUNGKINAN
PADA: 25 OKTOBER 2008 ATAU SELEPAS FINAL EXAM.
BAYARAN: RM60 SEORANG.
TEMPAT: FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:
ECAH : 017 248 4513
SOFWAN: 0176749900
SELEWAT2NYA: 19 OKTOBER 2008 / A.S.A.P
TQ..
huhu..thnx bro boxer..nk lpk minum2 bole je roger2 aku..actly mkn mase gak utk aku menyiapkan post yg terbaru ni..neway thnx again 4 ur comment.."impossible is nothing".
Sokong 150 %...good writer..
Post a Comment