Pengalaman RIKKI pertama ku..inilah buat pertama kali dlm sejarah hidup ku mengembara untuk melakukan aktiviti RIKKI di Negeri Terengganu Darul Aman. Berita buruk telah dikhabarkan oleh salah seorang rakan ku iaitu pengangkutan untuk RIKKI ke kenyir tiada atas sebab habis digunakan oleh pelajar Uitm.
Memandangkan hari untuk RIKKI ke kenyir hanya tinggal 24 jam saja dr saat itu, ku pon telah dikejutkan dengan langkah drastik biro pengangkutan ku iaitu dengan menaiki bas awam ke sana. Pada asalnya ku agak berbelah bagi kerana ku akan terlibat sama dengan sukan SAF dalam acara 'Aerobik" pada hari lusanya,akan tetapi apakah daya ku, keputusan terpaksa berpihak kepada RIKKI atas alasan 'Priority goes first'. walaupon terdapat sedikit halangan dr pihak pihak luar unutk ku melakukan RIKKI, ku tetap jua akhirnya menembusi halangan tersebut atas tanggungjawab yg telah diberikan ke atas ku.
ku bertolak dari shah alam kira kira pukul 9.10 malam dengan menaiki bas mutiara ekspress di stesyen bas seksyen 17. Perjalanan tersebut mengambil masa kira kira 7 setengah jam. Sebelum ku terlupa, perjalanan RIKKI ku ke terengganu ini di temani bersama 2 rakan ku iaitu Amir & Zul. Kami tiba di stesyen bas Kuala terengganu tepat pada pukul 4.32 pagi. setibanya di sana zul telah bermurah hati untuk menjemput kami berdua untuk bermalam di rumah nya. Setibanya di rumah zul(tempat merancang strategi) kami bertiga terus merancang untuk aktiviti RIKKI pada pagi tersebut. Kami bertolak dr rumah Zul tepat pd pukul 9.10 pagi dan terus Ke Kuala Berang untuk ke kedai runcit Abg lah. Kami bernasib baik kerana Abg lah ada dikedainya semasa kami tiba dan tanpa membuang masa kami terus berunding tentang bekalan makanan basah untuk kegunaan pada 16 hb nnt.
Setelah selesai menempah bekalan bahan mentah kami terus 'rushing' ke tasik kenyir untuk berunding tentang pengangkutan ke Pulau Poh pada 16 hb nnt. setibanya kami disana kami telah berjumpa dengan Abg Rafi iaitu salah seorang tauke bot seperti yang di rekemen oleh Abg Sean. Setelah selesai rundingan pengangkutan kami terus ke pulau poh dengan meniki bot en.Rafi. setibannya kami di pulau poh, kami telah disambut oleh rakan Uitm & juga PERLU Uitm iaitu Lenny dan Dila. Dengan bantuan mereka berdua kami telah pon sampai ke kawasan 'Campsite 3' iaitu kawasan perkemahan kami pada 16 hb nnt. Kami meluangkan masa kira kira 6 jam di pulau tersebut untuk mengumpul segala maklumat yang diperlukan.
setelah selesai kami kembali semula ke jeti Gawi dan terus menuju ke Balai Polis & pusat kesihatan Kuala berang untuk pemberitahuan bahawa program yang akan berlangsung pada 16 hb nnt. Kami pulang ke rumah zul kira kira pukul 6.30 petang. sekali lagi ku berterimah kasih atas tempat tinggal serta makanan yg diberikan kepada kami. kami bertolak pulang ke s.alam dengan menaiki bas yang sama pada pukul 10.00.
Perjalanan pulang ke shah alam lebih lama berbanding pergi. Kami selamat tiba di shah alam tepat pukul 6.00 pagi. sekian saja laporan blog ku pada ketika ini. Roger n Out!!..
1 comment:
abah "interesting!..bt it shud b writen in ENGLISH...biar org kat luar negara tau..."
me "lol"
Post a Comment