Tuesday, October 21, 2008

Kenangan yang tak mungkin dilupakan

Pada 17,18 & 19 Oktober lepas aku serta rakan sekelas telah mengadakan aktiviti camping bertempat di Taman Negara Pahang yang terletak di kuala tahan Pahang darul Makmur. Tujuan Camp itu diadakan adalah untuk memenuhi kurus 'Leadership in leisure study (SRT505'). Coretan ku pada kali ini akan mengisahkan segala pengalaman yang diperolehi sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebu. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada Prof. Mus selaku (penasihat program ' Leadership Trailblazer Camp 2008'), En.Adnan selaku pembantu penasihat, pemandu bas restu barkah dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan seperjuanganku sekalian.

Kami bertolak dari Uitm Shah alam kira kira pukul 10.00 pagi. Sebelum melepasi genting kami berehat untuk makan tengah hari di perhentian lebuhraya( genting sepah). Sepanjang perjalanan ke Taman Negara Pahang(TNP) kami sempat menonjolkan bakat suara masing2 dengan 'berkaroke' di dalam bas(Ikhsan & roy paling lama tunjuk bakat..huhu..). Setibanya di jerantut jalan mula seperti ' Ular kena Palu', ada diantara rakan aku yang loya akibat tidak tahan dengan jalan yang kami lalui.

Kami tiba di TNP kira kira pukul 2.30 dan tanpa membuang masa kami terus menaiki bot yang telah ditempah untuk membawa kami serta barang barang ke 'Nusa Holiday Village' iaitu tempat penempatan kami. Setibanya kami di sana, kami telah bekerja keras untuk melakukan aktiviti pertama iaitu 'Camp Craft' (mendirikan kawasan penempatan). Walaupun hujan telah turun dengan lebatnya semasa kami tiba aktiviti aktiviti campcraft terus dijalankan malah bertambah semangat kami melakukan tugasan pertama tersebut.

Malam tersebut kami diberi peluang melakukan aktiviti 'Night Walk' dengan bantuan 'Tour Guide' Abang razak. Abg razak membawa kami trekking ke dalam hutan sambil menunjukkan beberapa spesisi serangga yang jarang ditemui. Antranya ialah anak firefly yang bercahaya, lipan merah, Spider spesis 'tarantula' yang unik habitatnya dan banyak lagi serangga yang berbisa mahupun yang tidak berbisa. Kami juga diberi peluang mendengar 'Jungle Ochestra'. Kami dikehendaki mematikan segala lampu dan tidak mengeluarkan sebarang suara untuk tujuan mendengar jungle ochestra itu.

Pada awal pagi keesokan harinya. Program diteruskan dengan aktiviti 'Canopy Walk'. Menurut Abg razak Walkway canopy di taman Negara tersebut merupakan yang terpanjang di dunia setakat ini. Terdapat 10 Stesen perhentian sepanjang Canopy walk. Dan kami diberitahu stesen 4 merupakan stesen yang tertinggi sehingga mencapai 45 meter dari paras tanah.

Setelah selesai aktiviti canopy walk, aktiviti diteruskan dengan trekking ke jeti kuala tahan. Di sepanjang aktiviti trekking kami banyak didedahkan tentang spesis spesis pokok , serangga serta kegunaan nya terhadap masyarakat orang asli batik. Sebelum tiba di Kuala tahan kami sempat singgah di 'bumbun tahan' iaitu tempat untuk menjunguk junguk haiwan.

Setibanya di kuala tahan kami menaiki bot untuk menyeberangi sungai tembeling untuk ke jeti kuala tahan. Setibanya di jeti kami diberi masa untuk makan tengah hari dan berehat. Tepat pukul 1.30 petang kami berkumpul dan bertolak kembali ke campsite dengan menaiki bot.

Setibanya di jeti nusa holiday kami diberi masa lebih kurang setengah jam oleh abg razak untuk menukar pakaian dengan memakai pakaian basah. Tujuannya adalah kerana aktiviti seterusnya akan melibatkan aktiviti air iaitu 'Rapid Shooting'. Di dalam banyak banyak aktiviti yang telah kami jalankan aktiviti ini paling menarik dan disuakai ramai. Mungkin ada yang tertanya tanya tanya apakah itu rapids shooting ? adkah aktiviti menembak??. Jawapannya, rapids shooting ialah aktiviti 'Menempuh jeram degan menaiki 'rapid boat' . Aktiviti ini sangat menarik sampaikan prof. mus sendiri bermain air bersama sama kami. Malah lebih dasyat lagi prof sendiri telah mencabut papan bot untuk tujuan bermain(sangat lawak pada ketika itu).

Setelah selesai aktiviti 'Rapids Shooting'. Kami di beri kesempatan untuk melawat serta memberikan sedikit pakaian terpakai yang kami bawa untuk diberikan ke perkampungan orang asli. Kami difahamkan orang asli yang tinggal di taman negara adalah dari suku kaum 'Batik'. Setibanya kami di perkampungan orang asli kami telah dipertemukan dengan 'tok batin' iaitu yang hanya mahu dikenali sebagai Bumbun. Menurut bumbun terdapat 7 keluarga dan seramai 53 orang asli yang mendiami kawasan penempatan orang asli tersebut.

Kami meluangkan masa lebih kurang setengah jam melawat perkampungan orang asli tersebut. Selesai sudah melawat, kami kembali semula ke campsite dan setibanya di jeti Prof Mus. Menyatakan hasratnya untuk kembali semula ke shah alam atas sebab beliau terpaksa mengajar kelas EPJJ pada keesokan harinya.

Malam terakhir kami di TNP berlangsung tanpa Prof. Mus, aktiviti pada malam tersebut diisi dengan malam kebudayaan dan BBQ. Kami bergembira serta berhibur pada malam terakhir dengan mengadakan management game yang dianjurkan oleh kumpulan aku sendiri iaitu aku,naz & izah).

Keesokan harinya kami bergotong royong melakukan aktiviti 'camp wrap' dan bersiap sedia menaiki bot pulang ke jeti kuala tahan seterusnya menaiki bas pulang ke Kampus.

Sekian saja coretan ku pada kali ini. Sekali lagi ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Mus selaku Penasihat Program "Leadership Trailblazer Camp 2008", penolong penasihat, driver bus, rakan seperjuangan serta kepada mereka yang teribat secara langsung ataupun secara tak langsung bagi menjayakan program pada kali ini. Akhir kata 'yang buruk datangnya dari aku dan yang baik hanya datang dari Allah S.w.t. Sekian. Wassalam…….Wa Out Dulu.

5 comments:

aQu daN SesuAtu said...

tahniahh...
aqu cadangkan baik....
ko buat episod....
so x banyak sgt orng mau baca..

Anonymous said...

oh shit dude..
macam best je taman negara pahang ni..
aku nak join wey !!
huhu

Hisyam Alewi said...

hm.bguz gk idea ko tu..ill ty next time..

Anonymous said...

agak nyer x perlu yer..dedahkn ko nyer phone num!! hahahah

danialarief said...

peh.asyek ke hutan je.best nyer