Salam buat semua bloggers. Lama juga saya xupdate blog maklumlah belum ada kesempatan untuk mengarang katakan. Alhamdulillah saya telah menamatkan tempoh 3 bulan latihan praktical di Outward Bound Malaysia Lumut @ lebih dikenali sebagai Outward Bund School (OBS).
Sedikit Coretan saya pada kali ini mengisahkan pengalaman saya sepanjang 3 bulan saya berada di sana. Saya mula mengenali Obs semasa kelas 'Outdoor' en.syam dan semenjak dari hari itu saya berminat mengambil tahu dgn lebih mendalam tentang Obs dan apabila 'contact' untuk latihan practical alhamdulillah saya dan juga rakan sekelas saya wafi di terima.
Sejurus pertama kali menjejakkan kaki di sekolah tersebut, kami di sambut baik oleh instuktur2 obs dan memuatkan kami selesa untuk menetap. Pada keesokan harinya kesemua staff berkumpul untuk perjumpaan pertama pada tahun ini setelah sekolah di tutup pada hujung tahun lepas. di dlm perjumpaan tersebut kami mula berkenal kenlan sesama kesemua kakitangan pekerja di sana.
Pada minggu pertama dan kedua kami di beri pendedahan tentang asl usul obs, cara sekolah beroperasi, cara pentadbiran beroperasi dan juga aktiviti yg dikendalikan di sana, sepanjang tempoh dua minggu tersebut kami di bawah pengawasan dua orang sr. instruktu iaitu Carl lewis & juga Syafri(rokok).
Pada minggu seterusnya kami sudah mula di tugaskan untuk mengikuti kursus pertama dalam tahun ini iaitu 'TNB executives' sebagai penolong instruktur. Kursus yang berlangsung selama 15 hari ini telah membuka minda saya tentang gambaran sebenar Obs beroperasi dengan mengikuti prosedur-prosedur tertentu yg telah ditetapkan.
Sepanjang tempoh praktikal juga kami berkesempatan mengikuti kursus-kursus tambahan instruktur spt kurus Wilderness medical first respondent(WMFR), latihan berenang & menyelamat, latihan menyelamat di dalam hutan, dan juga Swift water rescue yang di kendalikan oleh senior2 instruktur disana.
Seterusnya, pada pertengahan bulan Mac yg lalu sekali lagi kami di beri peluang untuk mengendalikan satu lagi kursus terakhir sebelum tamat praktikal. Kursus pada kali ini boleh dikatakan lebih mencabar dari kursus pertama dan merupakanh kursus percubaan @ 'Pilot project' Obs yang di ilhamkan oleh PM kita sekarang iaitu kursus 'Kem Perkasa Remaja Negara'. pelatih yang datang pada kursus kali ini adalah dari pesalah2 trafik@ 'Mat Rempit' iaitu seramai 36 orang dan di bawah jagaan Chaperon(Polis dr bkt. Aman dan juga 4 orang proffessor & dr. dari UKM). Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah pada permulaan kursus.
Terdapat pelbagai cabaran sepanjang kami berada di sana, antara cabaran terbesar, kami harus bijak membahagikan masa untuk bekerja dan juga menyiapkan 'research project' pada masa yg sama. Tetapi 'most of the time' kami tidak dapat berbuat apa terhadap kajian kami disebabkan mengikuti kursus2 dan juga aktiviti2 luar. Walauapapun itu semua bukan untuk dijadikan alasan dan apa yg terbaik adalah kami berusaha mencari jalan penyelesaian.
Sepanjang tempoh praktikal pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya perolehi dan pelbagai lagi ilmu yang saya perlu dapati perlu dipelajari. Tambahan pula, saya juga mengharap agar "Outdoor Education centre" seperti Obs di negara ini terus berkembang dan tidak terikut-ikut seperti "Outdoor recreation provider" yang lain. Insyallah kalau ada rezeki & peluang saya ingin menimba lagi ilmu @ mungkin berkhidmat di sana.
Di akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan OBS diatas segala tunjuk ajar, sokongan dan berkongsi pengalaman sepanjang tempoh praktikal kami di sana. Sekian.
Ho Cuwei!!
1 comment:
hello bro..
can you tell me, what is the procedure to join practical training in obs?tq
Post a Comment