Wednesday, April 28, 2010
BrOgA Hills..
Salam bloggers..Sunrise oh sunrise..x sempat nk melihat kau..Pada ahad lepas sy bersama 2 org rakan (boy obs & Fiona) telah ke Semenyih menuju ke bukit lalang @ lebih d'kenali sbgai Broga Hills. Sedikit sebanyak tentang perjalanan kami pada hari itu. Kami bertolak kira-kira pukul 7.30pg dan sampai kira-kira pukul 8.45pg. Pergerakan pada hari itu berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas mungkin hari minggu agkanya..Setibanya di sana, terdapat tempat letak kereta di kebun sawit & dikenakan pula bayaran parkir sebanyak Rm2.
Perjalanan menuju ke bukit broga bermula dengan merentasi kawasan sawit kira-kira 15 meter dan selepas itu melalui kawasan hutan sedikit kira-kira 20+ meter dan akhirnya sampai ke bukit kaki bukit broga setelah kira-kira hampir 25min 'trekking'..
Pemandangan di ats bukit mmg menarik dan pemandangan kawasan bukit itu pula seolah-olah mcm berada di luar negara(serious oo)..Setibanya di puncak bukit kami meluangkan masa kira-kira 45min berehat & menikmati pemandangan di persekitaran.
Ramai org dari bebilang kaum yang datang pada hari minggu tersebut dan sempat juga sy bertegur dgn org arab yg kelihatan penat berselisih dgn kami untuk menanyakan arah tujuan mereka.
Sekian saja coretan saya pada kali ini..Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Xde org pun..bukn dorg kate sesak
Lawa lahh.cun n cool gile: p
Post a Comment