Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi setelah selamat pulang dari Pulau Kapas, Terengganu. Bermula dari 29.06.09 hingga 3.07.09 yang lalu saya bersama sama rakan sepersatuan [PERLU] telah berpeluang mempelajari serta mendalami aktiviti SCUBA DIVING sekaligus mengambil lesen ‘Openwater Scuba’. Program Scuba Openwater Training 09’ yang bertempat di Pulau Kapas, Terengganu dianggotai seramai 17 orang dan 4 daripadanya adalah pegawai Uitm.
Kami berkumpul di Stor rekresi FSR seawal jam 8.30 pagi untuk ‘loading’ barang serta peralatan Scuba masuk ke dalam lori. Barang barang termsuklah alatan scuba dan juga ‘ Compressor’ [berat bngat sey benatang tuu..]
Kami bertolak dari shah alam agak lewat disebabkan masalah pengangkutan bas dan saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan kami. Walaubagaimanapun masalah kelewatan bas yang sampai di’cover’ dengan bas yang lebih ‘special’ dan selesa oleh syariat bas berkenaan. Kami bertolak dari Uitm shah alam kira kira pukul 5.30 ptg dan tiba di Jeti Marang, Terengganu kira kira pukul 2.15 pagi. Setibanya di sana kami bermalam di taman permainan berdekatan jeti [1st time tdo gune hammock bru..huhu..bes..]. Di awal pagi keesokan harinya, kira kira jam 9 lebih kami mula ‘loading’ barang ke dalam bot untuk ke pulau. Dengan menaiki ‘ cargo boat’ mengambil masa kira kira setengah jam untuk sampai ke Pulau Kapas.
Sebaik sampai kami terus di beri ‘breefing’ tentang penginapan serta perjalanan program sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana. Pengalaman ‘dive’ pertama agak memeritkan setelah merasai seteguk air laut hingga sukar utk tekak ku menerimanya, akan tetapi setelah merasai beberapa lagi teguk pd ‘dive’ seterusnya tekak ku mula boleh menerimanya. Sepanjang program juga kami di ajar bagaimana cara untuk merangka jadual waktu menyelam menggunakan ‘dive table ‘.
Kami difahamkan sekurang kurangnya 5 dive untuk kursus openwater. Hari terakhir kami ‘dive’ merupakan ‘dive’ yang paling dalam iaitu pada kedalaman 18 meter /[60feet]. Terdapat pelbagai spesis ikan dan batu karang yang cantik di pulau kapas [bile jumpa ikan ‘nemo’ mcm nk bwk blik je 1..nnt klua pulak cte Finding Nemo 2 ek..ha2]..Hari terakhir di sana kami sempat beramai ramai bermain volleyball dan bertolak pulang ke jeti marang kira kira pukul 9 pagi. Semasa perjalanan pulang kami sempat melencong ke losong untuk membeli sedikit bekalan keropok & keropok lekor. Sampai disini ja coretan saya pada kali ini..Insyallah ada rezki nk menyelam di pulau2 yg lain..sekian..Divers down!!
4 comments:
wow.. bestnye..
bestnyeeee....jeles ah!! kalo tau sports se leisure ini....aku tinggalkan je English.. dok dlm class jaa....bosan....
everyone hve thier own path in life..regerets is something that can lead towards satisfaction my fren..
bang syarikat...
bukan syariat....
hehehehehe
Post a Comment