Thursday, April 9, 2009

Leisure and disabilities

Alahamdulillah selesai sudah tugasan kursus ‘leisure and disabilities [SRT 550] bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sukan SR221 semester 4. Program yang berlangsung pada isnin lepas iaitu 6 April 2009 belangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program yang diadakan ialah program ‘Simulasi Abseiling’.

Tujuan utama program ‘Simulasi Abseiling’ ini diadakan adalah untuk mengintegrasi serta menginklusikan para peserta Orang kurang upaya [OKU] yang terdiri daripada bebrapa jenis kategori dan juga orang normal untuk sama sama melakukan aktiviti ini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan peluang yang sama kepada OKU seperti yang dinikmati oleh orang normal.

Program yang berlangsung seawal pukul 8.00 pagi dialualukan dengan kedatangan peserta jumputan yang terdiri daripada 3 kategori OKU iaitu ‘ a person with celebral palsy [Cik H], person with amputee [Cik A] dan juga a person with visual impairment[B1] [Cik R]. Program pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh petugas En. Zulkiflie. Setelah selesai bacaan doa petugas terus ke sesi ringkas pengenalan diri serta maklumat tentang para peserta. Selesai sesi pengenalan, petugas terus memberikan ‘breefing’ kepada para peserta tentang aktiviti yang bakal dilakukan, teknik tekink pengendalian, langkah keselamatan serta pengenalan tentang barang barang untuk aktiviti abseiling.

Program berjalan dengan lancar sewaktu aktiviti dilakukan cuma berlaku sedikit masalah ‘psychology’ iaitu cemas oleh para peserta. Walaubagaimanapun ianya hanyalah sebahagian daripada ‘Simulasi’ yang sengaja diwujudkan. Sistem ‘buddy’ digunakan untuk membantu peserta turun melakukan abseiling. Sedikit keistimewaan bagi peserta celebral palsy[Cik H], beliau berjaya melakukan aktiviti dengan batuan kurusi roda.

Terima kasih diucapkan kepada En.syam selaku pensyarah kursus ini yang telah memberikan sokongan serta tunjuk ajar sepanjang program ini berlangsung. terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berkerah tenaga bagi menjayakan program yang 'istimewa' seperti ini.

Akhir kata dari saya diharapkan agar program amali seperti ini dapat diteruskan dan juga dipertingkatkan pada masa masa akan datang. Diharapkan juga agar masyarakat pada masa kini berfikiran lebih terbuka akan pengelibatan Orang Kurang upaya terhadap aktiviti aktiviti seperti ini. Sekian.

- Good Job Everybody -






Thursday, March 5, 2009

It's all about irrational belief...

Ape dah jadi???Ape kejadahnya sume ni??Ape kes?..susah sangat ke nak bagi peluang kepada 'People with disabilities' untuk keluar menikmati keseronokan seperti yang orang NORMAL lakukan??..saya sendiri mempunyai seorang kakak which is categorized as 'darfism'..tak ada masalahpon untuk beliau mengikuti sebarang aktiviti 'leisure' mahupon 'recreation' yang keluarga kami lakukan..malah keluarga saya sangat bersikap terbuka untuk terus menyokongnya..Yang peliknya masih terdapat lagi manusia NORMAL yang bersikap sebaliknya..Kenapa tidak ada peluang untuk mereka??This is all irrational belief(Counselor FSR)..sikap dan pemikiran yang sebegini tidak seharusnya ada pada seorang manusia yang NORMAL..Shukur kita sebagai manusia NORMAL dapat melakukan aktivit-aktiviti yang seronok dan berfaedah..tetapi bagaimanakah dengan mereka??mereka yang tidak berupaya??adakah mereka juga berpeluang melakukan perkara yang sama tanpa bantuan??jungle trekking?abseling?even bird watching??pastinya agak mustahil bagi mereka kn..adakah ini yang dikatakan adil untuk manusia sejagat??..nampaknya harapan hanya tinggal harapan....Berikanlah mereka peluang untuk membuktikan yang mereka mampu melakukannya walaupon tidak sesempurna org NORMAL lakukan..kenangan yang diperolehinya nanti pastinya akan dikenangkan sehingga di akhir hayat mereka..Persoalan tentang keselamatan seharusnya diambil berat..lebih-lebih lagi bagi orang OKU ini..seperti yg dipelajari..risk are part of the activites that we are engaged on..dengan persediaan yang rapi serta langkah berhati-hati risiko ini dapat dikurangkan..(leadership)..last but not least..chance is the first step before regular and THERE'S ALWAYS OPPORTUNITY FOR EVERYONE..

-We care-

Friday, December 26, 2008

The First Aider

Semester hadapan hampir bermula..cuti yg lepas tidak aku persiakan dengan ilmu yang baru diperloleh..Pada 6 Disember yang lalu aku bersama seorang rakan ku telah mengambil kursus First Aid yang dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia [BSSM]..kursus yang sepatutnya diduduki selama 2 hari tersebut dipendekakan menjadi 1 hari suntuk akibat sambutan yang tak mengalakkan..Antara silibus yang diajar semasa kursus ialah:

* Definition and Principles of First Aid
* Responsibilities of a First Aide
* Assessment of Conditions and Victims and the response.
* Structure Of The Body
* Blood Circulatory System
* Respiratory system
* Asphyxia
* Shock
* Electrical injuries
* Snake , Animal Bites & Insect Stings
* Wounds & Bleeding
* Broken Bones
* Joints & Muscle Wounds
* Dressing & Bandages
* Burns And Scalding
* Poisoning
* Fits
* Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
* Moving The Victim

Pembelajaran di akhiri dengan ujian bertulis selama lebih kurang 1jam setengah..insyallah banyak juga ilmu yang akan diperolehi sekiranya menghadiri kursus ini.Untuk keterangan lanjut kepada sesiapa yg berminat mengambil kursus ini bolehla melayari website BSSM di.. http://redcrescent.org.my/drupal/node/22

Wednesday, December 3, 2008

Ke Hulu Ke Hilir..

Semalam merupakan hari yang sangat panjang buat saya dan rakan saya mie. Misi kami pada hari semalam 2/12/08 adalah untuk mengunjungi Pusat pusat Orang kurang upaya OKU di sekitar sleangor. Tujuan kami ke tmpat tersebut unutk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat serta keterangan tentang Pusat Oku Kami memulakan perjalanan ke Puchong kerana menurut maklumat yang kami perolehi terdapat sebuah pusat Oku disana.

Perjalanan ke puchong mengambil masa kira kira 45 minit. namun apakah daya malkumat yang kami perolehi tersebut tidak lengkap maka pusat Oku tersebut gagal kami temui. Walaupun sudah berhempas pulas bertanya org ramai malah ke Pos mini untuk menanyakan tentang tempat berkenaan.

Perjalanan dterukan lagi kali ini ke sebuah pusat Oku di paya jaras hulu,Sungai buluh. Alhamdulillah kami jumpa tempat yg di cari dan bertemu dengan staff Pusat Oku untuk mendapatkan keterangan serta maklumat lanjut tentang Pusat Oku berkenaan.

Setelah selesai mendapatkan sedikit sebangyak input di pusat Oku s.buluh tersebut kami menuju ke Petaling jaya untuk ke Pusat Oku disana. Namun apakah daya kami, disebabkan maklumat alamat Pusat Oku yang kami perolehi tidak lengkap menyebabkan sekali lagi kami gagal ke Pusat Oku di petaling jaya.

Alhamdulillah, walaupun bnyk tempat yg gagal kami jumpa smlm namun berbaloi juga dengan adanya sedikit maklumat dari Pusat yg berjaya ditemui. Itu saja report untuk kegiatan smlm..roger N out.
.

Saturday, November 29, 2008

Program CPR PERCUMA

S.John Ambulance of Malaysia a.k.a SJAM akan mengadakan program CPR secara PERCUMA dibeberapa tempat diserata negeri bermula 28 hingga 30 November 2008..Kunjungila ke tempat2 yg berhampiran dengan anda..sijil diberikan..Untuk keterangan lanjut tentang tempat klik di sini

Thursday, November 6, 2008

SCUBA

SCUBA (Self Contained Underwater Breathing Apparatus) Class.

Blupp..blupp..Blupp…Oh no my oxygen tank getting low!!..huhu..Pada 21/10/08 (selasa) lepas sekumpulan pelajar telah menyerbu Kolam renang Uitm dan tujuan nya tak lain tak bukan untuk mengadakan kelas amali ‘Bubble Maker’ ataupun lebih dikenali sebagai SCUBA Diving.

Kelas bermula seawal jam 8 pagi tanpa kehadiran aku. Jangan salah anggap aku bangun lewat atau ponteng kelas. Aku hadir agak lewat ke kelas amali disebabkan terdapat tugas yang lebih mustahak pada pagi itu. Sampai di Kolam renang En. Hisyam sedang memberikan penerangan tentang peralatan, kaedah pengendalian dan aspek keselamatan aktiviti bubble maker. Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti SCUBA ialah Mask, regulator,wet suit, air cylinder, fins, compressors, dan buoyancy compensators.

Aktiviti berjalan lebih lancar dengan bantuan para Alumni PERLU dan Staff FSR Uitm. Semasa kelas amali berjalan kami didedahkan degan beberpa teknik bernafas meggunakan regulator dan cara cara menangani masalah sewaktu berlakunya kecemasan.

Kami juga diperkenalkan degan system ‘buddy’ oleh en.hisyam tujuannya adalah untuk membantu dan juga memudahkan semasa aktiviti berjalan. Sampai suatu ketika tiba tiba en.hisyam telah memperkatakan sesuatu lalu mengelakkan aku. Owh..rupa rupanya wet suit yang aku pkai adalah bekas suit yang dipakai oleh pelajar wanita pada kelas scuba masa lalu. Patut la rasa macam kurang selesa ja semenjak menyarung suit tu..huhu..

Satu lagi pengalamana yang baru diperolehi pada hari itu. Lepas ni insyallah kalau ada rezeki nak juga ambil lessen Scuba, boleh pergi meneroka alam di bawah sana.

Terima kasih diucapkan khasnya kepada Lecturer kami En.Hisyam Che mat di atas kesudian beliau bekongsi ilmu yang amat berguna ini. Tak lupa juga para Alumi PERLU Uitm yang sudi meluangkan masa membantu menjayakan kelas Amali SCUBA pada kali ini. Sekian


Tuesday, October 21, 2008

Kenangan yang tak mungkin dilupakan

Pada 17,18 & 19 Oktober lepas aku serta rakan sekelas telah mengadakan aktiviti camping bertempat di Taman Negara Pahang yang terletak di kuala tahan Pahang darul Makmur. Tujuan Camp itu diadakan adalah untuk memenuhi kurus 'Leadership in leisure study (SRT505'). Coretan ku pada kali ini akan mengisahkan segala pengalaman yang diperolehi sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebu. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada Prof. Mus selaku (penasihat program ' Leadership Trailblazer Camp 2008'), En.Adnan selaku pembantu penasihat, pemandu bas restu barkah dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan seperjuanganku sekalian.

Kami bertolak dari Uitm Shah alam kira kira pukul 10.00 pagi. Sebelum melepasi genting kami berehat untuk makan tengah hari di perhentian lebuhraya( genting sepah). Sepanjang perjalanan ke Taman Negara Pahang(TNP) kami sempat menonjolkan bakat suara masing2 dengan 'berkaroke' di dalam bas(Ikhsan & roy paling lama tunjuk bakat..huhu..). Setibanya di jerantut jalan mula seperti ' Ular kena Palu', ada diantara rakan aku yang loya akibat tidak tahan dengan jalan yang kami lalui.

Kami tiba di TNP kira kira pukul 2.30 dan tanpa membuang masa kami terus menaiki bot yang telah ditempah untuk membawa kami serta barang barang ke 'Nusa Holiday Village' iaitu tempat penempatan kami. Setibanya kami di sana, kami telah bekerja keras untuk melakukan aktiviti pertama iaitu 'Camp Craft' (mendirikan kawasan penempatan). Walaupun hujan telah turun dengan lebatnya semasa kami tiba aktiviti aktiviti campcraft terus dijalankan malah bertambah semangat kami melakukan tugasan pertama tersebut.

Malam tersebut kami diberi peluang melakukan aktiviti 'Night Walk' dengan bantuan 'Tour Guide' Abang razak. Abg razak membawa kami trekking ke dalam hutan sambil menunjukkan beberapa spesisi serangga yang jarang ditemui. Antranya ialah anak firefly yang bercahaya, lipan merah, Spider spesis 'tarantula' yang unik habitatnya dan banyak lagi serangga yang berbisa mahupun yang tidak berbisa. Kami juga diberi peluang mendengar 'Jungle Ochestra'. Kami dikehendaki mematikan segala lampu dan tidak mengeluarkan sebarang suara untuk tujuan mendengar jungle ochestra itu.

Pada awal pagi keesokan harinya. Program diteruskan dengan aktiviti 'Canopy Walk'. Menurut Abg razak Walkway canopy di taman Negara tersebut merupakan yang terpanjang di dunia setakat ini. Terdapat 10 Stesen perhentian sepanjang Canopy walk. Dan kami diberitahu stesen 4 merupakan stesen yang tertinggi sehingga mencapai 45 meter dari paras tanah.

Setelah selesai aktiviti canopy walk, aktiviti diteruskan dengan trekking ke jeti kuala tahan. Di sepanjang aktiviti trekking kami banyak didedahkan tentang spesis spesis pokok , serangga serta kegunaan nya terhadap masyarakat orang asli batik. Sebelum tiba di Kuala tahan kami sempat singgah di 'bumbun tahan' iaitu tempat untuk menjunguk junguk haiwan.

Setibanya di kuala tahan kami menaiki bot untuk menyeberangi sungai tembeling untuk ke jeti kuala tahan. Setibanya di jeti kami diberi masa untuk makan tengah hari dan berehat. Tepat pukul 1.30 petang kami berkumpul dan bertolak kembali ke campsite dengan menaiki bot.

Setibanya di jeti nusa holiday kami diberi masa lebih kurang setengah jam oleh abg razak untuk menukar pakaian dengan memakai pakaian basah. Tujuannya adalah kerana aktiviti seterusnya akan melibatkan aktiviti air iaitu 'Rapid Shooting'. Di dalam banyak banyak aktiviti yang telah kami jalankan aktiviti ini paling menarik dan disuakai ramai. Mungkin ada yang tertanya tanya tanya apakah itu rapids shooting ? adkah aktiviti menembak??. Jawapannya, rapids shooting ialah aktiviti 'Menempuh jeram degan menaiki 'rapid boat' . Aktiviti ini sangat menarik sampaikan prof. mus sendiri bermain air bersama sama kami. Malah lebih dasyat lagi prof sendiri telah mencabut papan bot untuk tujuan bermain(sangat lawak pada ketika itu).

Setelah selesai aktiviti 'Rapids Shooting'. Kami di beri kesempatan untuk melawat serta memberikan sedikit pakaian terpakai yang kami bawa untuk diberikan ke perkampungan orang asli. Kami difahamkan orang asli yang tinggal di taman negara adalah dari suku kaum 'Batik'. Setibanya kami di perkampungan orang asli kami telah dipertemukan dengan 'tok batin' iaitu yang hanya mahu dikenali sebagai Bumbun. Menurut bumbun terdapat 7 keluarga dan seramai 53 orang asli yang mendiami kawasan penempatan orang asli tersebut.

Kami meluangkan masa lebih kurang setengah jam melawat perkampungan orang asli tersebut. Selesai sudah melawat, kami kembali semula ke campsite dan setibanya di jeti Prof Mus. Menyatakan hasratnya untuk kembali semula ke shah alam atas sebab beliau terpaksa mengajar kelas EPJJ pada keesokan harinya.

Malam terakhir kami di TNP berlangsung tanpa Prof. Mus, aktiviti pada malam tersebut diisi dengan malam kebudayaan dan BBQ. Kami bergembira serta berhibur pada malam terakhir dengan mengadakan management game yang dianjurkan oleh kumpulan aku sendiri iaitu aku,naz & izah).

Keesokan harinya kami bergotong royong melakukan aktiviti 'camp wrap' dan bersiap sedia menaiki bot pulang ke jeti kuala tahan seterusnya menaiki bas pulang ke Kampus.

Sekian saja coretan ku pada kali ini. Sekali lagi ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Mus selaku Penasihat Program "Leadership Trailblazer Camp 2008", penolong penasihat, driver bus, rakan seperjuangan serta kepada mereka yang teribat secara langsung ataupun secara tak langsung bagi menjayakan program pada kali ini. Akhir kata 'yang buruk datangnya dari aku dan yang baik hanya datang dari Allah S.w.t. Sekian. Wassalam…….Wa Out Dulu….