Wednesday, April 28, 2010

BrOgA Hills..




Salam bloggers..Sunrise oh sunrise..x sempat nk melihat kau..Pada ahad lepas sy bersama 2 org rakan (boy obs & Fiona) telah ke Semenyih menuju ke bukit lalang @ lebih d'kenali sbgai Broga Hills. Sedikit sebanyak tentang perjalanan kami pada hari itu. Kami bertolak kira-kira pukul 7.30pg dan sampai kira-kira pukul 8.45pg. Pergerakan pada hari itu berjalan lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas mungkin hari minggu agkanya..Setibanya di sana, terdapat tempat letak kereta di kebun sawit & dikenakan pula bayaran parkir sebanyak Rm2.

Perjalanan menuju ke bukit broga bermula dengan merentasi kawasan sawit kira-kira 15 meter dan selepas itu melalui kawasan hutan sedikit kira-kira 20+ meter dan akhirnya sampai ke bukit kaki bukit broga setelah kira-kira hampir 25min 'trekking'..

Pemandangan di ats bukit mmg menarik dan pemandangan kawasan bukit itu pula seolah-olah mcm berada di luar negara(serious oo)..Setibanya di puncak bukit kami meluangkan masa kira-kira 45min berehat & menikmati pemandangan di persekitaran.

Ramai org dari bebilang kaum yang datang pada hari minggu tersebut dan sempat juga sy bertegur dgn org arab yg kelihatan penat berselisih dgn kami untuk menanyakan arah tujuan mereka.

Sekian saja coretan saya pada kali ini..Sekian..




Sunday, April 18, 2010

Malam Pra-Graduan FSR

Date: 17th April 2010


Time: 8.15 PM


Venue: Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam


Theme: Masquarate/ Purple


Semalam telah berlangsungnya sebuah majlis makan malam bagi pelajar2 tahun akhir fakultiku iaitu Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR). Alhamdulillah saya sampai  'right on time' org kata. Honestly. 'i had a great time last night' walaupun di kenakan 'cover charge' untuk masuk rm1 utk topeng(bg sesiapa yg tiada)..'juz kidding dude'. Majlis pada malam diserikan dengan persembahan seniman FSR tak lain dan tak bukan Cik Hajar & The Geng.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada para 'organizer' terutama pelajar2 diploma tahun akhir..Makanan yg di 'order' pon sedap2 belaka(Just like what doctor ordered) dan berharap agar dapat berjumpa lagi di masa akan datang berserta dengan kejayaan yang dikecapi masing2 Insyallah.


Kepada semua Pensyarah2 FSR (En.Rahim,En.Hisyam,En.Ali,En.Pekan, Dr. Kwame, En. Hasnol, En. Sadik, En. Pitt, Prof. Mus, En.Din, Mdm. Rez, Pn.jamatul, En.badrul, Tuan Haji Aziz serta para kakitangan FSR) saya dengan rendah diri menyusun jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa @ perbuatan dan meminta agar d'halalkan segala ilmu yg telah dicurahkan & diKongsikan kepada kami.


To all my classmates SR221, i officially announced that I LOVE N GONNA MISS U GUYS VERY MUCH n mendoakan agar sama2 terus maju kehadapan tanpa segan silu OK!..Thanx to u guys juga kerana telah bebanyak memberikan bantuan, serta dorongan sepanjang kita bersama..

"Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you have imagined."
                                                                                                        

                                                                                                        Henry David Thoreau

Tuesday, April 6, 2010

Outward Bound Malaysia Lumut

Salam buat semua bloggers. Lama juga saya xupdate blog maklumlah belum ada kesempatan untuk mengarang katakan. Alhamdulillah saya telah menamatkan tempoh 3 bulan latihan praktical di Outward Bound Malaysia Lumut @ lebih dikenali sebagai Outward Bund School (OBS).

Sedikit Coretan saya pada kali ini mengisahkan pengalaman saya sepanjang 3 bulan saya berada di sana. Saya mula mengenali Obs semasa kelas 'Outdoor' en.syam dan semenjak dari hari itu saya berminat mengambil tahu dgn lebih mendalam tentang Obs dan apabila 'contact' untuk latihan practical alhamdulillah saya dan juga rakan sekelas saya wafi di terima.

Sejurus pertama kali menjejakkan kaki di sekolah tersebut, kami di sambut baik oleh instuktur2 obs dan memuatkan kami selesa untuk menetap. Pada keesokan harinya kesemua staff berkumpul untuk perjumpaan pertama pada tahun ini setelah sekolah di tutup pada hujung tahun lepas. di dlm perjumpaan tersebut kami mula berkenal kenlan sesama kesemua kakitangan pekerja di sana.

Pada minggu pertama dan kedua kami di beri pendedahan tentang asl usul obs, cara sekolah beroperasi, cara pentadbiran beroperasi dan juga aktiviti yg dikendalikan di sana, sepanjang tempoh dua minggu tersebut kami di bawah pengawasan dua orang sr. instruktu iaitu Carl lewis & juga Syafri(rokok). 

Pada minggu seterusnya kami sudah mula di tugaskan untuk mengikuti kursus pertama dalam tahun ini iaitu 'TNB executives'  sebagai penolong instruktur. Kursus yang berlangsung selama 15 hari ini telah membuka minda saya tentang gambaran sebenar Obs beroperasi dengan mengikuti prosedur-prosedur tertentu yg telah ditetapkan.

Sepanjang tempoh praktikal juga kami berkesempatan mengikuti kursus-kursus tambahan instruktur spt kurus Wilderness medical first respondent(WMFR), latihan berenang & menyelamat, latihan menyelamat di dalam hutan, dan juga Swift water rescue yang di kendalikan oleh senior2 instruktur disana.

Seterusnya, pada pertengahan bulan Mac yg lalu sekali lagi kami di beri peluang untuk mengendalikan satu lagi kursus terakhir sebelum tamat praktikal. Kursus pada kali ini boleh dikatakan lebih mencabar dari kursus pertama dan merupakanh kursus percubaan @ 'Pilot project' Obs yang di ilhamkan oleh PM kita sekarang iaitu kursus 'Kem Perkasa Remaja Negara'. pelatih yang datang pada kursus kali ini adalah dari pesalah2 trafik@ 'Mat Rempit' iaitu seramai  36 orang dan di bawah jagaan Chaperon(Polis dr bkt. Aman dan juga 4 orang proffessor & dr. dari UKM). Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah pada permulaan kursus.

Terdapat pelbagai cabaran sepanjang kami berada di sana, antara cabaran terbesar, kami harus bijak membahagikan masa untuk bekerja dan juga menyiapkan 'research project' pada masa yg sama. Tetapi 'most of the time' kami tidak dapat berbuat apa terhadap kajian kami disebabkan mengikuti kursus2 dan juga aktiviti2 luar. Walauapapun itu semua bukan untuk dijadikan alasan dan apa yg terbaik adalah kami berusaha mencari jalan penyelesaian.

Sepanjang tempoh praktikal pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya perolehi dan pelbagai lagi ilmu yang saya perlu dapati perlu dipelajari. Tambahan pula, saya juga mengharap agar "Outdoor Education centre" seperti Obs di negara ini terus berkembang dan tidak terikut-ikut seperti "Outdoor recreation provider" yang lain. Insyallah kalau ada rezeki & peluang saya ingin menimba lagi ilmu @ mungkin berkhidmat di sana.

Di akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan OBS diatas segala tunjuk ajar, sokongan dan berkongsi pengalaman sepanjang tempoh praktikal kami di sana. Sekian.

Ho Cuwei!!