Saturday, November 21, 2009

Trip to Sarawak...















Monday, August 24, 2009

Fadhilat Solat Tarawikh

Ini adalah fadhilat solat terawikh diriwayatkan oleh saiyidina Ali

(r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari

pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat

(kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan

ramadhan:

malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”

Wednesday, August 12, 2009

Red Ocean

Thursday, July 23, 2009

One day...

Sunday, July 19, 2009

ManU vs Malaysia

MALAYSIA BOLEH!!..It's been a quite long time since the last time i went to bukit Jalil stadium to watch football. Yesterday i got lucky coz my fren were please to give me free extra tic to watch d game between Malaysia team vs the 2nd most richest team in the world..its been terrible crawl during my way to d stadium..first i took Putra Lrt frm kelana jaya to Kl Central. aftr i meat my fren there we took the same train again to masjid jamek and transit to Star lrt heading straight away to bukit jalil..inside d train heading bukit jalil there was so many people coming from every single station stop. most of the passenger inside d tarin wear ManU shirt and that didnt scare me eventhough im a malaysian fan[arghhh]. I arrived about 15 mins before d game start and my fren husin already waiting me at d violet gate to pass me d tic.

my first expression when entering d stadium was 'Woosh!!'. i didn't expect so many malaysian people will come to watch d game. the seat inside d stadium were almost full, fill with most of the 'red devil' supporters and only a little of malaysian supporters with d national kit.

Malaysia team wear blue that day. eventhough the size of malayian players body were far to small compare to d red devil yet they sill manage to give their full chalenge towards their opponent. Amri yahya become the malaysian hero that night by scoring 2 superb goal.

based on my observation that day, malaysian team were start to improved. i you watch d game that day you can see that there were no more long fumble pass and they start to play look alike F.C. Barcelona.

last but not least i wanna thnx again to my bro husin and oso yan 4 providing me d free ticket..adios..

Monday, July 13, 2009

Divers Ready!!!




Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi setelah selamat pulang dari Pulau Kapas, Terengganu. Bermula dari 29.06.09 hingga 3.07.09 yang lalu saya bersama sama rakan sepersatuan [PERLU] telah berpeluang mempelajari serta mendalami aktiviti SCUBA DIVING sekaligus mengambil lesen ‘Openwater Scuba’. Program Scuba Openwater Training 09’ yang bertempat di Pulau Kapas, Terengganu dianggotai seramai 17 orang dan 4 daripadanya adalah pegawai Uitm.

Kami berkumpul di Stor rekresi FSR seawal jam 8.30 pagi untuk ‘loading’ barang serta peralatan Scuba masuk ke dalam lori. Barang barang termsuklah alatan scuba dan juga ‘ Compressor’ [berat bngat sey benatang tuu..]

Kami bertolak dari shah alam agak lewat disebabkan masalah pengangkutan bas dan saya adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan kami. Walaubagaimanapun masalah kelewatan bas yang sampai di’cover’ dengan bas yang lebih ‘special’ dan selesa oleh syariat bas berkenaan. Kami bertolak dari Uitm shah alam kira kira pukul 5.30 ptg dan tiba di Jeti Marang, Terengganu kira kira pukul 2.15 pagi. Setibanya di sana kami bermalam di taman permainan berdekatan jeti [1st time tdo gune hammock bru..huhu..bes..]. Di awal pagi keesokan harinya, kira kira jam 9 lebih kami mula ‘loading’ barang ke dalam bot untuk ke pulau. Dengan menaiki ‘ cargo boat’ mengambil masa kira kira setengah jam untuk sampai ke Pulau Kapas.

Sebaik sampai kami terus di beri ‘breefing’ tentang penginapan serta perjalanan program sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana. Pengalaman ‘dive’ pertama agak memeritkan setelah merasai seteguk air laut hingga sukar utk tekak ku menerimanya, akan tetapi setelah merasai beberapa lagi teguk pd ‘dive’ seterusnya tekak ku mula boleh menerimanya. Sepanjang program juga kami di ajar bagaimana cara untuk merangka jadual waktu menyelam menggunakan ‘dive table ‘.

Kami difahamkan sekurang kurangnya 5 dive untuk kursus openwater. Hari terakhir kami ‘dive’ merupakan ‘dive’ yang paling dalam iaitu pada kedalaman 18 meter /[60feet]. Terdapat pelbagai spesis ikan dan batu karang yang cantik di pulau kapas [bile jumpa ikan ‘nemo’ mcm nk bwk blik je 1..nnt klua pulak cte Finding Nemo 2 ek..ha2]..Hari terakhir di sana kami sempat beramai ramai bermain volleyball dan bertolak pulang ke jeti marang kira kira pukul 9 pagi. Semasa perjalanan pulang kami sempat melencong ke losong untuk membeli sedikit bekalan keropok & keropok lekor. Sampai disini ja coretan saya pada kali ini..Insyallah ada rezki nk menyelam di pulau2 yg lain..sekian..Divers down!!



Thursday, May 21, 2009

Off record : Qayyum's Wedding Day

Tanggal 16 Mei 2009 yang lalu bertepat di batu 48 jalan Weng, Baling, kedah telah selamat berlangsungnya suatu majlis akad nikah diantara abgku Abdul Qayyum bin Alewi dan pasangannya Noorzairen binti Azizan..

Alhamdulillah dengan sekali sebutan maka sah sudah pertalian suami isteri diantara mereka berdua..dengan ini juga, sah bahawa kak noorzairen menjadi kakak iparku..huhu

di sebelah petang
nya pula, majlis perkahwinan diadakan bertempat di rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki di sambut meriah dengan bunyi letupan mercun yang merata-rata serta agak mengejutkan kedatangan tetamu.. walaupapepon, ianya hanya sebahagian dari 'wedding entertainment[he2]' kedatangan kami, tetap disambut baik oleh keluarga pengantin perempuan..

tahniah n selamt pengantin baru diucapkan untuk abg serta kakak iparku..semoga perkahwinanya berkekalan hingga ke hujung nyawa..amin.

Thursday, April 9, 2009

Leisure and disabilities

Alahamdulillah selesai sudah tugasan kursus ‘leisure and disabilities [SRT 550] bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sukan SR221 semester 4. Program yang berlangsung pada isnin lepas iaitu 6 April 2009 belangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program yang diadakan ialah program ‘Simulasi Abseiling’.

Tujuan utama program ‘Simulasi Abseiling’ ini diadakan adalah untuk mengintegrasi serta menginklusikan para peserta Orang kurang upaya [OKU] yang terdiri daripada bebrapa jenis kategori dan juga orang normal untuk sama sama melakukan aktiviti ini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan peluang yang sama kepada OKU seperti yang dinikmati oleh orang normal.

Program yang berlangsung seawal pukul 8.00 pagi dialualukan dengan kedatangan peserta jumputan yang terdiri daripada 3 kategori OKU iaitu ‘ a person with celebral palsy [Cik H], person with amputee [Cik A] dan juga a person with visual impairment[B1] [Cik R]. Program pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh petugas En. Zulkiflie. Setelah selesai bacaan doa petugas terus ke sesi ringkas pengenalan diri serta maklumat tentang para peserta. Selesai sesi pengenalan, petugas terus memberikan ‘breefing’ kepada para peserta tentang aktiviti yang bakal dilakukan, teknik tekink pengendalian, langkah keselamatan serta pengenalan tentang barang barang untuk aktiviti abseiling.

Program berjalan dengan lancar sewaktu aktiviti dilakukan cuma berlaku sedikit masalah ‘psychology’ iaitu cemas oleh para peserta. Walaubagaimanapun ianya hanyalah sebahagian daripada ‘Simulasi’ yang sengaja diwujudkan. Sistem ‘buddy’ digunakan untuk membantu peserta turun melakukan abseiling. Sedikit keistimewaan bagi peserta celebral palsy[Cik H], beliau berjaya melakukan aktiviti dengan batuan kurusi roda.

Terima kasih diucapkan kepada En.syam selaku pensyarah kursus ini yang telah memberikan sokongan serta tunjuk ajar sepanjang program ini berlangsung. terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berkerah tenaga bagi menjayakan program yang 'istimewa' seperti ini.

Akhir kata dari saya diharapkan agar program amali seperti ini dapat diteruskan dan juga dipertingkatkan pada masa masa akan datang. Diharapkan juga agar masyarakat pada masa kini berfikiran lebih terbuka akan pengelibatan Orang Kurang upaya terhadap aktiviti aktiviti seperti ini. Sekian.

- Good Job Everybody -