Pengalaman RIKKI pertama ku..inilah buat pertama kali dlm sejarah hidup ku mengembara untuk melakukan aktiviti RIKKI di Negeri Terengganu Darul Aman. Berita buruk telah dikhabarkan oleh salah seorang rakan ku iaitu pengangkutan untuk RIKKI ke kenyir tiada atas sebab habis digunakan oleh pelajar Uitm.
Memandangkan hari untuk RIKKI ke kenyir hanya tinggal 24 jam saja dr saat itu, ku pon telah dikejutkan dengan langkah drastik biro pengangkutan ku iaitu dengan menaiki bas awam ke sana. Pada asalnya ku agak berbelah bagi kerana ku akan terlibat sama dengan sukan SAF dalam acara 'Aerobik" pada hari lusanya,akan tetapi apakah daya ku, keputusan terpaksa berpihak kepada RIKKI atas alasan 'Priority goes first'. walaupon terdapat sedikit halangan dr pihak pihak luar unutk ku melakukan RIKKI, ku tetap jua akhirnya menembusi halangan terse
ku bertolak dari shah alam kira kira pukul 9.10 malam
Setelah selesai menempah bekalan bahan mentah kami terus 'rushing' ke tasik kenyir untuk berunding tentang pengangkutan ke Pulau Poh pada 16 hb nnt. setibanya kami disana kami telah berjumpa dengan Abg Rafi iaitu salah seorang tauke bot seperti yang di rekemen oleh Abg Sean. Setelah selesai rundingan pengangkutan kami terus ke pulau poh dengan meniki bot en.Rafi. setibannya kami di pulau poh, kami telah disambut oleh rakan Uitm & juga PERLU Uitm iaitu Lenny dan Dila. Dengan bantuan mereka berdua kami telah pon sampai ke kawasan 'Campsite 3' iaitu kawasan perkemahan kami pada 16 hb nnt. Kami meluangkan masa kira kira 6 jam di pulau tersebut untuk mengumpul segala maklumat yang diperlukan.
setelah selesai kami kembali semula ke jeti Gawi dan terus menuju ke Balai Polis & pusat kesihatan Kuala berang untuk pemberitahuan bahawa program yang akan berlangsung pada 16 hb nnt. Kami pulang ke rumah zul kira kira pukul 6.30 petang. se
Perjalanan pulang ke shah alam lebih lama berbanding pergi. Kami selamat tiba di shah alam tepat pukul 6.00 pagi. sekian saja laporan blog ku pada ketika ini. Roger n Out!!..