Saturday, May 15, 2010

Kekecohan Di Luar Stadium

Hampa....begitula ekspresi ku setelah tamatnya perlawanan suku akhir Piala Thomas 2010 menyaksikan ketundukan 'team' Malaysia di tangan China (3-0)....Setengah jam sebelum 'game' bermula ade sedikit rusuhan kecil berlaku di pintu masuk stadium, penyokong M'sia buat kecoh sket mana taknya ramai yang xdapat beli tiket sbb habis??(our local fans guna haler 'kami nk beli tiket !!'..actualy klau nk ikutkan banyak lagi 'seat' kosong dlm stadium bila aku masuk..Emm..aku mengandaikan mesti ulat2 dh borong sume tiket..bukan nak cakap kosong tapi sebab ak pon terpaksa beli tiket yg telah D ulatkan berharga Rm80(Rm38 harga asal)..

   Kekecohan terus berlaku sehingga berlangsungnya perlawanan(masa ni aku dh berada di dalam stadium..tgk2 kekecohan dari dalam). Tak cukup lagi sempat pula tegok gelagat 'ulat' dalam stadium pulak ceritanya bermula apabila 'official' bertekak dgn 'ofFiCial'. Si ofFicial sorang ni guna "tag" yg di curigai oleh official ni bila masuk 'entrance'..so si official ni bertanya tanya la si oFfiCial ni mcm xpernah nmpk ja "tag" yg kau pakai tu..so nasib la ada polis meleraikan(tp xtau la berapa bnyk dh tag yg d jual oleh oFfiCial tu kpd org 'so far' ek..no comment..lol). 

  Perlawanan pembukaan menyaksikan pemain perseorangan M'sia, Datuk L.C.Wei(LCW) menentang Lin Dan(LD). Menerusi pemerhatianku, LCW bermain mcm(Seekor Singa yg takut) mana taknya..boleh nmpk LCW asyik mengesat peluh dan xseperti game2 sebelumnya..mungkin LD muka garang kut time tu..So, first set LCW dah 'start' bermain agresif 'compare' LD yg yg jarang melakukan pukulan 'smash' malah bermain dengan lebih teratur..masuk set ke-2 menyaksikan Lin Dan pula bermain secara agresif dan LCW pula sudah kelihatan lemah.(Komen mmg 'best' cuba try 'fit in' kasut LWC tgk..huhu)..

   2nd game, Beregu lelaki didapati bermain degan penuh semangat tetapi tetap tewas mungkin di sebabkan.....x cukup bijak menentang gerakan lawan..sedikit keTidakPuasHatian berlaku semasa perlawanan kedua..'Speaker Stadium berbunyi' menegur para penonton yang duduk berhadapan pemain(Malaysia pada ketika tu) yang mengambil gambar sambil mengaktifan 'flash' yg sememangnya dan didapati menganggu kosentrasi pemain. Sebaik saja 'half break' penonton lain mula berdiri, mengecam dan memandang ke arah para penonton yg menimbulkn kontroversi td(mula lah nk gatal2 set blk camera masing2 blk kn..)..

  Last game pemain veteran negara W.C.Han pula dipertaruhan, namun kemenangan tetap juga memihak kepada China.Begitulah sedikit coretanku menerusi pemerhatian pada kali ni..WalauApaApaPun Tahniah diucapkan kepada pemain M'sia kerana berjaya samapi ke peringakat ini..Sedikit komen BERMAIN LAH DGN LEBIH "BERANI" DAN BERMAIN LAH UNTUK PENYOKONG DISEKELILING ANDA....Gelang Si Paku Gelang, Gelang Si Rama Rama, Pulang Mari lah Pulang Mari lah Pulang Bersama-Sama...

Keputusan perlawanan suku akhir Malaysia lwn China (3-0)..

Perseorangan pertama: Lee Chong Wei vs Lin Dan (2-0)
Beregu Pertama: Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Cai Yun/ Fu Hai Feng (2-0)
Perseorangan Kedua : Wong Choon Han vs Chen Jin (2-0)