Friday, February 26, 2010

Latihan Praktikal

Salam..

lama juga x update blogku yg sudah bersawang nih..nasib la ada kesempatan cuti kerja ni untuk ku meng'update'nye..

sedar x sedar sudah hampir 2 bulan sy menjalani latihan praktikal di Outward bound Malaysia Lumut (OBML @ OBS) ni. Pelbagai pengalaman yg sy perolehi sepanjang berada di sini. Antaranya mengendalikan kursus 15 hari untuk Eksekutif TNB sebagai pembantu instructor. Tambahan lagi dengan mengikuti latihan-latihan intensif seperti ekspedisi darat mahupun laut. Selain itu, kami juga di beri pendedahan tentang 'technical skill' dan juga advanced skill seperti 'rescue system'.

Shukur alhamdulillah, rakan2 sekerja di Obs tidak kedekut untuk memberi tunjuk ajar malahan berkongsi pengalaman mereka kpd kami.

Pejam celik kini hanya tinggal lebih kurang sebulan sebelum tamatnya tempoh praktikal sy di OBML. Shukur sekali lg sy dan wafi(rakan SePraktikal) diberi peluang sekali lg untuk mengendalikan satu lg kos iaitu kos untuk 'Mat Rempit' yg akan berlangsung selama 7 hari bermula 17hb mac ini. Sekian coretan sy pd kali ini...

Akhir kata dr sy...

Banyak Yang Saya Pelajari dan Banyak lagi yang Saya Nampak Saya Perlu Pelajari (Hesyam Alewi 2010)