Thursday, April 9, 2009

Leisure and disabilities

Alahamdulillah selesai sudah tugasan kursus ‘leisure and disabilities [SRT 550] bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sukan SR221 semester 4. Program yang berlangsung pada isnin lepas iaitu 6 April 2009 belangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program yang diadakan ialah program ‘Simulasi Abseiling’.

Tujuan utama program ‘Simulasi Abseiling’ ini diadakan adalah untuk mengintegrasi serta menginklusikan para peserta Orang kurang upaya [OKU] yang terdiri daripada bebrapa jenis kategori dan juga orang normal untuk sama sama melakukan aktiviti ini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan peluang yang sama kepada OKU seperti yang dinikmati oleh orang normal.

Program yang berlangsung seawal pukul 8.00 pagi dialualukan dengan kedatangan peserta jumputan yang terdiri daripada 3 kategori OKU iaitu ‘ a person with celebral palsy [Cik H], person with amputee [Cik A] dan juga a person with visual impairment[B1] [Cik R]. Program pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh petugas En. Zulkiflie. Setelah selesai bacaan doa petugas terus ke sesi ringkas pengenalan diri serta maklumat tentang para peserta. Selesai sesi pengenalan, petugas terus memberikan ‘breefing’ kepada para peserta tentang aktiviti yang bakal dilakukan, teknik tekink pengendalian, langkah keselamatan serta pengenalan tentang barang barang untuk aktiviti abseiling.

Program berjalan dengan lancar sewaktu aktiviti dilakukan cuma berlaku sedikit masalah ‘psychology’ iaitu cemas oleh para peserta. Walaubagaimanapun ianya hanyalah sebahagian daripada ‘Simulasi’ yang sengaja diwujudkan. Sistem ‘buddy’ digunakan untuk membantu peserta turun melakukan abseiling. Sedikit keistimewaan bagi peserta celebral palsy[Cik H], beliau berjaya melakukan aktiviti dengan batuan kurusi roda.

Terima kasih diucapkan kepada En.syam selaku pensyarah kursus ini yang telah memberikan sokongan serta tunjuk ajar sepanjang program ini berlangsung. terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang sama-sama berkerah tenaga bagi menjayakan program yang 'istimewa' seperti ini.

Akhir kata dari saya diharapkan agar program amali seperti ini dapat diteruskan dan juga dipertingkatkan pada masa masa akan datang. Diharapkan juga agar masyarakat pada masa kini berfikiran lebih terbuka akan pengelibatan Orang Kurang upaya terhadap aktiviti aktiviti seperti ini. Sekian.

- Good Job Everybody -






2 comments:

yazilahyazir said...

kekadang tu, semangat org OKU ni lagi kental dari org biasa

Hisyam Alewi said...

yup..sememangnya kak shila..sy andaikan ianya peluang yg jarang2 baginya..output dr aktvt spt ni akn dikenang sampai ke bila2..