Saturday, November 29, 2008

Program CPR PERCUMA

S.John Ambulance of Malaysia a.k.a SJAM akan mengadakan program CPR secara PERCUMA dibeberapa tempat diserata negeri bermula 28 hingga 30 November 2008..Kunjungila ke tempat2 yg berhampiran dengan anda..sijil diberikan..Untuk keterangan lanjut tentang tempat klik di sini

Thursday, November 6, 2008

SCUBA

SCUBA (Self Contained Underwater Breathing Apparatus) Class.

Blupp..blupp..Blupp…Oh no my oxygen tank getting low!!..huhu..Pada 21/10/08 (selasa) lepas sekumpulan pelajar telah menyerbu Kolam renang Uitm dan tujuan nya tak lain tak bukan untuk mengadakan kelas amali ‘Bubble Maker’ ataupun lebih dikenali sebagai SCUBA Diving.

Kelas bermula seawal jam 8 pagi tanpa kehadiran aku. Jangan salah anggap aku bangun lewat atau ponteng kelas. Aku hadir agak lewat ke kelas amali disebabkan terdapat tugas yang lebih mustahak pada pagi itu. Sampai di Kolam renang En. Hisyam sedang memberikan penerangan tentang peralatan, kaedah pengendalian dan aspek keselamatan aktiviti bubble maker. Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti SCUBA ialah Mask, regulator,wet suit, air cylinder, fins, compressors, dan buoyancy compensators.

Aktiviti berjalan lebih lancar dengan bantuan para Alumni PERLU dan Staff FSR Uitm. Semasa kelas amali berjalan kami didedahkan degan beberpa teknik bernafas meggunakan regulator dan cara cara menangani masalah sewaktu berlakunya kecemasan.

Kami juga diperkenalkan degan system ‘buddy’ oleh en.hisyam tujuannya adalah untuk membantu dan juga memudahkan semasa aktiviti berjalan. Sampai suatu ketika tiba tiba en.hisyam telah memperkatakan sesuatu lalu mengelakkan aku. Owh..rupa rupanya wet suit yang aku pkai adalah bekas suit yang dipakai oleh pelajar wanita pada kelas scuba masa lalu. Patut la rasa macam kurang selesa ja semenjak menyarung suit tu..huhu..

Satu lagi pengalamana yang baru diperolehi pada hari itu. Lepas ni insyallah kalau ada rezeki nak juga ambil lessen Scuba, boleh pergi meneroka alam di bawah sana.

Terima kasih diucapkan khasnya kepada Lecturer kami En.Hisyam Che mat di atas kesudian beliau bekongsi ilmu yang amat berguna ini. Tak lupa juga para Alumi PERLU Uitm yang sudi meluangkan masa membantu menjayakan kelas Amali SCUBA pada kali ini. Sekian