Wednesday, July 30, 2008

T.O.T Siri 10

Disini lah bermulanya pengalaman pertama ku bagi mengendalikan program "Training of Trainer" anjuran PERLU Uitm...seminggu sebelum program ini diadakan aku telah beberapa kali berkata kepada diriku bahawa adakah aku telah benar2 bersedia untuk mengendalikan program seperti ini dengan memegang 'title' sebagai 'instructor PERLU!!'...Pada 'meeting' PERLU yg lepas aku telah diberikan tugas untuk mengendalikan aktiviti 'water confident & juga Blind trail' untuk para pelatih yang akan mengikuti tot pada siri ini dan aku menyahut tugasan yg diberi dengan penuh yakin pada ketika itu...Akan tetapi keadaan hatiku berubah apabila hanya tinggal sehari sebelum program tersebut diadakan..Hatiku merasakan bahawa aku benar2 berlum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan kepada ku...akan tetapi dengan semangat dan minat yang mendalam serta dorongan rakan2 ku aku telah berjaya menepis segala cebisan karat yang hampir singgah di hatiku pada ketika itu..Buat pertama kalinya aku melangkah kaki ku ke dalam bumi Cerakah dengan memikul gelaran 'Instructor PERLU' pada 25.07.2008..sepanjang tempoh program tersebut dijalankan, aku tidak mengalami sebarang masalah mahupun semasa berdepan dengan pelatih2 yang lain..tugas ku juga telah ku laksanakan dengan lancar mengikut seperti apa yang telah ku rancang pada awal awal dahulu..Keadaan in berubah apabila tiba di hari hari akhir program apabila aku dikejutkan tentang kemalangan yang dialami oleh salah seorang pelatih tot..khabarnya kemalangan yang dialami oleh pelatih tersebut agak serius...disini lah aku serta bebrapa rakan2 ku yang lain meraskan terdapat sedikit kegagalan semasa program ini dilaksanakan..kejadian yang telah berlaku menjadikan aku serta rakan2 yang lain lebih berhati hati pada masa akan datang....insyallah marilah kita sama2 mendoakan akan kesihatan rakan kita tersebut..sekian saja pada hari ini..wassalam..'roger n out'...